Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Ketua Pengarah boleh—
(a)
menjalankan semua kuasa yang terletak hak padanya di bawah Akta untuk mentadbir dan menguat kuasa pematuhan peruntukan Perjanjian dan Kaedah-Kaedah ini;
(b)
melalui notis, menghendaki suatu Institusi Kewangan Malaysia untuk mengemukakan kepadanya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu maklumat berkenaan termasuk salinan mana-mana buku, rekod atau dokumen lain yang berkaitan sebagaimana yang dikehendaki oleh
Ketua Pengarah secara munasabah bagi apa-apa maksud yang berhubungan dengan pentadbiran atau penguatkuasaan
Kaedah-Kaedah ini;
P.U. (A) 279 11
(c)
pada setiap masa mempunyai akses penuh dan bebas untuk memasuki apa-apa premis atau tempat perniagaan suatu Institusi Kewangan Malaysia bagi maksud—
(i)
mentadbir dan melaksanakan pematuhan peruntukan
Perjanjian dan Kaedah-Kaedah ini;
(ii)
memeriksa tatacara yang diwujudkan oleh Institusi Kewangan Malaysia itu bagi maksud memastikan pematuhan kewajipan
Institusi Kewangan Malaysia itu di bawah Kaedah-Kaedah ini; dan
(d)
membuat cabutan daripada atau salinan bagi semua atau apa-apa bahagian buku, rekod atau dokumen lain atau bahan lain yang disediakan kepadanya atau menghendaki salinan buku, rekod, atau dokumen lain yang disediakan kepadanya bagi apa-apa maksud yang berhubungan dengan pentadbiran atau penguatkuasaan Kaedah-Kaedah ini.
Pencegahan pengelakan cukai