Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
“Dana” ertinya Dana Persaraan Berpenyertaan Luas dan Dana Pencen sebuah pemunya benefisial yang dikecualikan;
“FATCA” ertinya Foreign Account Tax Compliance Act;
P.U. (A) 279 3
“Institusi Kewangan Malaysia” ertinya—
(a)
mana-mana Institusi Kewangan yang bermastautin di Malaysia, tetapi tidak termasuk mana-mana cawangan Institusi Kewangan itu yang berada di luar Malaysia; dan
(b)
mana-mana cawangan Institusi Kewangan yang tidak bermastautin di Malaysia, jika cawangan itu berada di Malaysia;
“maklumat”
ertinya maklumat yang dikehendaki berhubung dengan
Akaun Kena Lapor A.S. yang diperihalkan dalam Artikel 2 dan 3 Perjanjian;
“penyata” ertinya suatu penyata yang menyatakan maklumat dalam format sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;
“Perjanjian”
ertinya
Perjanjian antara
Kerajaan
Malaysia dan
Kerajaan Amerika Syarikat untuk Meningkatkan Pematuhan Cukai Antarabangsa dan Melaksanakan Foreign Account Tax Compliance Act yang ditandatangani pada 21 Julai 2021 sebagaimana yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan sebagai P.U. (A) 278/2022 pada 1 September 2022.
(2)
Perkataan dan ungkapan yang tidak ditakrifkan dalam Kaedah-Kaedah ini hendaklah mempunyai erti yang sama dengan erti yang diberikan kepadanya dalam Perjanjian.
Kewajipan usaha wajar