Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DENGAN KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT UNTUK MENINGKATKAN PEMATUHAN CUKAI ANTARABANGSA DAN MELAKSANAKAN FOREIGN ACCOUNT TAX COMPLIANCE ACT) 2022

Seksyen 4

(1)

Tiap-tiap Institusi Kewangan Pelapor Malaysia yang bukan suatu

Institusi

Kewangan

Bukan

Pelapor

Malaysia hendaklah mengenal pasti

Akaun Kena Lapor A.S. dan akaun-akaun yang dipegang oleh Institusi Kewangan Yang

Tidak Menyertai daripada Akaun Kewangan yang disenggarakan oleh Institusi Kewangan

Pelapor Malaysia itu dengan mengguna pakai tatacara usaha wajar sebagaimana yang dinyatakan dalam Annex I Perjanjian.

P.U. (A) 279 4

(2)

Tiap-tiap Institusi Kewangan Pelapor Malaysia hendaklah mewujudkan, menyenggarakan dan mendokumenkan tatacara usaha wajar yang disebut dalam subkaedah (1).

(3)

Akaun Kewangan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah tidak termasuk apa-apa Akaun Dikecualikan daripada Akaun Kewangan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen V Annex II Perjanjian.

Kewajipan pelaporan