Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Tiap-tiap Institusi Kewangan Pelapor Malaysia hendaklah—
(a)
berkenaan dengan tahun kalendar 2014 hingga tahun kalendar 2022, mengemukakan penyata kepada
Ketua
Pengarah, pada atau sebelum 30 Jun 2023; dan
(b)
berkenaan tiap-tiap tahun kalendar yang berikutnya, mengemukakan penyata kepada Ketua Pengarah, pada atau sebelum 30 Jun tahun selepas tamat tahun kalendar penyata yang berkenaan itu.
(2)
Penyata itu hendaklah menyatakan maklumat yang dikehendaki yang disenggarakan oleh Institusi Kewangan Pelapor Malaysia pada bila-bila masa dalam tahun kalendar yang berkenaan.
(3)
Sekiranya suatu Institusi Kewangan Pelapor Malaysia—
(a)
mengguna pakai tatacara usaha wajar yang dinyatakan dalam
Annex I Perjanjian bagi suatu tahun kalendar; dan
(b)
mendapati tiada akaun yang dikenal pasti sebagai
Akaun Kena Lapor A.S.,
P.U. (A) 279 5
Institusi Kewangan Pelapor Malaysia itu hendaklah mengemukakan kepada
Ketua Pengarah suatu penyata yang menyatakan bahawa Institusi Kewangan
Pelapor Malaysia itu tidak menyenggara Akaun Kena Lapor A.S. berkenaan dengan tahun kalendar itu.
(4)
Tiap-tiap Institusi Kewangan Pelapor Malaysia hendaklah mematuhi semua kehendak pendaftaran yang terpakai dalam laman web pendaftaran IRS FATCA.
(5)
Mana-mana orang yang dikehendaki di bawah Kaedah-Kaedah ini untuk memberikan maklumat kepada Ketua Pengarah, hendaklah pada masa dan kekerapan berkenaan dan dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah, memberikan kepadanya maklumat itu.
(6)
Sesuatu Institusi Kewangan Pelapor Malaysia adalah tidak dikecualikan daripada mengemukakan maklumat sebagaimana yang dikehendaki di bawah
Kaedah-Kaedah ini atas alasan Institusi Kewangan Pelapor Malaysia itu mempunyai kewajipan untuk tidak mengumpul, menggunakan atau mendedahkan maklumat itu.
Pengemukaan penyata