Malaysia legislation
Section 3
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN MAKLUMAT) 2021
Seksyen 3
(1)
Tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini, suatu pihak berkuasa berwibawa boleh meminta daripada Ketua Pengarah maklumat seseorang yang berhubung dengannya suatu perkiraan dibuat oleh kerajaan pihak berkuasa berwibawa itu dengan
Kerajaan Malaysia.
(2)
Permintaan yang disebut di bawah subkaedah
(1)
hendaklah menyatakan butiran yang berikut:
4
(a)
identiti orang yang di bawah pemeriksaan atau penyiasatan;
(b)
tempoh yang baginya maklumat itu diminta;
(c)
kenyataan maklumat yang diminta termasuk butir-butir dan bentuk sebagaimana yang pihak berkuasa berwibawa inginkan diterima daripada Ketua Pengarah;
(d)
tujuan percukaian yang baginya maklumat itu diminta;
(e)
alasan untuk mempercayai bahawa maklumat yang diminta berada di Malaysia atau dalam milikan atau kawalan seseorang di dalam bidang kuasa Malaysia;
(f)
setakat yang diketahui, nama dan alamat orang yang dipercayai memiliki maklumat yang diminta;
(g)
kenyataan bahawa permintaan itu bertepatan dengan undang-undang dan amalan pentadbiran wilayah pihak berkuasa berwibawa, jika maklumat yang diminta di dalam bidang kuasa wilayah pihak berkuasa berwibawa itu, maka pihak berkuasa berwibawa itu boleh mendapatkan maklumat berkenaan menurut undang-undang wilayahnya sendiri atau mengikut amalan biasa pentadbiran dan ia bertepatan dengan perkiraan itu; dan
(h)
kenyataan bahawa pihak berkuasa berwibawa telah menggunakan kesemua cara yang tersedia di wilayahnya bagi mendapatkan maklumat, kecuali yang menimbulkan kesusahan yang tidak berpadanan.
(3)
Apabila permintaan di bawah subkaedah (1) diterima, Ketua Pengarah boleh, melalui notis di bawah seksyen 81 Akta, menghendaki orang yang disebut dalam
5
permintaan itu untuk memberi maklumat sebagaimana yang diminta oleh pihak berkuasa berwibawa itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu.
(4)
Mana-mana orang yang kepadanya notis telah dikeluarkan di bawah subkaedah (3) yang, tanpa sebab yang munasabah, tidak mematuhi notis sedemikian melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 120 Akta.
Maklumat daripada bank