Seksyen 2
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pertukaran Maklumat) 2021
“bank” ertinya—
(a)
suatu bank, syarikat kewangan, atau suatu syarikat perbankan dan kewangan yang dilesenkan atau disifatkan telah dilesenkan di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];
(b)
suatu bank Islam yang dilesenkan atau disifatkan telah dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759];
(c)
suatu institusi yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan
Pembangunan 2002 [Akta 618];
(d)
suatu syarikat Labuan atau bank yang dilesenkan di bawah
Akta
Perkhidmatan
Kewangan dan
Sekuriti
Labuan 2010
[Akta 704]; dan
(e)
suatu syarikat Labuan atau bank yang dilesenkan di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010
[Akta 705];
3
“maklumat” ertinya suatu maklumat yang dikehendaki supaya dizahirkan menurut peruntukan mengenai pertukaran maklumat dalam suatu perkiraan;
“perkiraan” ertinya—
(a)
Konvensyen mengenai
Bantuan
Tadbir
Bersama dalam
Perkara Cukai;
(b)
apa-apa perkiraan dengan wilayah bidang kuasa yang menyertai untuk menambah baik pematuhan cukai antarabangsa melalui—
(i)
apa-apa konvensyen cukai dua hala atau pelbagai hala;
(ii)
apa-apa perjanjian dua hala atau pelbagai hala pihak berkuasa berwibawa; atau
(iii)
apa-apa perjanjian pertukaran maklumat percukaian;
“pihak berkuasa berwibawa” ertinya pekerja atau ejen suatu kerajaan wilayah di luar
Malaysia yang diberi kuasa dengan sewajarnya yang dengannya
Kerajaan Malaysia telah membuat suatu perkiraan.