Malaysia legislation
Section 4
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN MAKLUMAT) 2021
Seksyen 4
(1)
Kehendak di bawah kaedah ini adalah tertakluk kepada peruntukan yang berikut:
(a)
subseksyen 134(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;
(b)
subseksyen 146(1) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;
(c)
subseksyen 120(1), (2) dan (3) Akta Institusi Kewangan
Pembangunan 2002;
(d)
perenggan 178(2)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti
Labuan 2010; dan
(e)
perenggan 139(2)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti
Islam Labuan 2010.
(2)
Jika Ketua Pengarah gagal mendapat apa-apa maklumat mana-mana orang di bawah kaedah 3, Ketua Pengarah boleh, melalui notis di bawah seksyen 81 Akta, menghendaki bank yang mempunyai maklumat orang itu untuk memberikan maklumat sebagaimana yang diminta oleh pihak berkuasa berwibawa itu.
(3)
Walau apa pun peruntukan subkaedah 3(3) dan 4(2), Ketua Pengarah boleh membuat permintaan daripada bank, maklumat berkaitan orang itu yang disebut di bawah kaedah 3 tanpa perlu terlebih dahulu membuat permintaan daripada orang itu.
6
(4)
Mana-mana bank yang mempunyai maklumat orang yang berhubung dengannya perkiraan dibuat oleh kerajaan wilayah pihak berkuasa berwibawa itu dengan Kerajaan Malaysia, dan yang kepadanya notis dikeluarkan di bawah subkaedah (2), yang tanpa alasan yang munasabah, gagal mematuhi notis tersebut melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 120 Akta.
Pembatalan