Skip to content

Seksyen 2

Potongan

of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Bayaran Cuti Bergaji Tambahan bagi Penjagaan Anak atau Ahli Keluarga Terdekat yang Sakit atau Kurang Upaya) 2026

P.U. (A)In forceProvision 2 of 2
Seksyen 2

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan seseorang majikan yang layak daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi suatu amaun yang bersamaan dengan lima puluh peratus daripada saraan jenis yang dibenarkan di bawah seksyen 33 Akta yang kena dibayar olehnya kepada pekerjanya yang diberikan cuti bergaji tambahan bagi—

(a)

penjagaan anak yang di bawah umur dua tahun;

(b)

penjagaan ahli keluarga terdekat yang sakit; atau

(c)

penjagaan ahli keluarga terdekat yang kurang upaya.

(2)

Majikan yang layak hendaklah mematuhi syarat yang dikenakan oleh

Menteri sebagaimana yang dinyatakan dalam subkaedah (5) dan pematuhan syarat itu

3

hendaklah ditentusahkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad mulai 1 Januari 2025

hingga 31 Disember 2027.

(3)

Potongan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah bagi suatu tempoh tidak melebihi dua belas bulan berturut-turut bagi suatu tahun taksiran.

(4)

Amaun potongan yang dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa potongan di bawah seksyen 33 Akta.

(5)

Potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1) adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

pekerja itu diambil kerja secara sepenuh masa;

(b)

penjagaan ahli keluarga terdekat yang sakit hendaklah dibuktikan dengan perakuan pengamal perubatan yang berdaftar dengan

Majlis Perubatan Malaysia yang menyatakan bahawa keadaan ahli keluarga terdekat itu memerlukan seorang penjaga; dan

(c)

penjagaan ahli keluarga terdekat yang kurang upaya hendaklah dibuktikan dengan perakuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menyatakan bahawa ahli keluarga terdekat itu ialah orang kurang upaya.

(6)

Bagi maksud kaedah ini—

“ahli keluarga terdekat” ertinya ahli keluarga pekerja itu yang merupakan—

(a)

suami atau isteri;

(b)

ibu atau bapa termasuklah ibu atau bapa mertua, ibu atau bapa tiri atau ibu atau bapa angkat mengikut mana-mana undang-undang yang berkaitan;

4

(c)

anak termasuklah anak tiri atau anak angkat mengikut mana-mana undang-undang yang berkaitan;

(d)

adik-beradik termasuklah adik-beradik tiri atau adik-beradik angkat mengikut mana-mana undang-undang yang berkaitan; atau

(e)

datuk atau nenek;

“majikan yang layak” ertinya mana-mana orang tidak termasuk—

(a)

suatu syarikat yang dikawal sama ada secara langsung atau secara tidak langsung oleh pekerja;

(b)

suatu ketuanpunyaan tunggal; atau

(c)

seorang saudara pekerja yang merupakan ibu atau bapa termasuklah ibu atau bapa mertua, anak termasuklah anak tiri atau anak angkat mengikut mana-mana undang-undang yang berkaitan, abang, kakak atau adik, datuk, nenek atau cucu atau pasangan;

“Talent Corporation Malaysia Berhad” ertinya suatu syarikat berhad menurut jaminan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dengan nombor pendaftarannya 919577-H dan bermastautin di Malaysia.

Dibuat 29 Julai 2026

[MOF.TAX(S)700-2/7/2211; LHDN.AY.A 600-12/1/7(29)-398; PN(PU2)80/JLD.117]

DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN

Menteri Kewangan II

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 154(2)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

5

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR PAYMENT OF ADDITIONAL PAID LEAVE FOR THE CARE

OF CHILD OR SICK OR DISABLED IMMEDIATE FAMILY MEMBER) RULES 2026