Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI KOS PELAKSANAAN PENGATURAN KERJA FLEKSIBEL) 2021

Seksyen 3

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan orang yang layak daripada perniagaannya dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi perbelanjaan yang dilakukan oleh orang yang layak itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu bagi pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel berhubung dengan—

(a)

fi perundingan;

(b)

kos pembangunan keupayaan;

(c)

kos perisian; dan

(d)

langganan perisian.

(2)

Bagi maksud subkaedah (1)—

(a)

pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel atau penambahbaikan pengaturan kerja fleksibel sedia ada oleh orang yang layak

P.U. (A) 377 4

hendaklah diperakukan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad;

dan

(b)

permohonan oleh orang yang layak bagi pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel atau penambahbaikan pengaturan kerja fleksibel sedia ada diterima oleh Talent Corporation Malaysia Berhad pada atau selepas 1

Julai 2020

tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2022.

(3)

Kos pembangunan keupayaan bagi pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel yang disebut dalam perenggan (1)(b) ialah—

(a)

fi kursus atau program latihan;

(b)

fi jurulatih dalaman;

(c)

kos bahan latihan;

(d)

kos penyewaan ruang latihan;

(e)

fi peperiksaan; dan

(f)

perbelanjaan perjalanan berkaitan latihan yang dilakukan oleh pekerja dan jurulatih seperti yang berikut:

(i)

kos pengangkutan yang amaunnya adalah—

(A)

berhubung dengan perjalanan dari luar Malaysia ke Malaysia atau dari Malaysia ke luar Malaysia, sama dengan tambang penerbangan kelas ekonomi; atau

P.U. (A) 377 5

(B)

berhubung dengan perjalanan dalam Malaysia, sama dengan tambang penerbangan kelas ekonomi sekiranya perjalanan menggunakan pengangkutan udara, atau kos sebenar yang dilakukan sekiranya perjalanan menggunakan pengangkutan darat atau air;

(ii)

kos penginapan tidak melebihi tiga ratus ringgit sehari; dan

(iii)

perbelanjaan yang dilakukan bagi makanan tidak melebihi satu ratus lima puluh ringgit sehari.

(4)

Perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah ditentusahkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad dan jumlah amaun perbelanjaan itu tidak boleh melebihi lima ratus ribu ringgit bagi setiap tahun taksiran.

(5)

Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1)

hendaklah bersamaan dengan dua kali amaun perbelanjaan yang dibenarkan di bawah

Kaedah-Kaedah ini.

(6)

Potongan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah bagi tempoh tiga tahun taksiran berturut-turut bermula dari tahun taksiran dalam tempoh asas yang perakuan pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel diberikan oleh Talent Corporation

Malaysia Berhad.

(7)

Jika jumlah amaun apa-apa perbelanjaan yang sepatutnya boleh dibenarkan sebagai potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini melebihi amaun yang, pada pendapat Ketua Pengarah, boleh dijangkakan dengan semunasabahnya dilakukan dalam penjalanan biasa perniagaan, Ketua Pengarah boleh, setakat amaun yang berlebihan itu, tidak membenarkan amaun itu sebagai potongan di bawah

Kaedah-Kaedah ini.

P.U. (A) 377 6

(8)

Jika orang yang layak telah menuntut suatu potongan berhubung dengan suatu perbelanjaan yang dilakukan di bawah subkaedah (1), tiada tuntutan boleh dibuat bagi potongan berhubung dengan perbelanjaan yang dilakukan itu di bawah seksyen 33, mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 atau Jadual 3 Akta.

Dibuat 1 Oktober 2021

[MOF.TAX(S)700-2/1/108; LHDN.AY.A.600.12/1/7(29)-51; PN(PU2)80/JLD. 102]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 154(2)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 377 7

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR THE COSTS OF IMPLEMENTATION OF

FLEXIBLE WORK ARRANGEMENTS) RULES 2021

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI KOS PELAKSANAAN PENGATURAN KERJA FLEKSIBEL) 2021