Skip to content

Seksyen 2

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Kos Pelaksanaan Pengaturan Kerja Fleksibel) 2021

P.U. (A)In forceProvision 2 of 3
Seksyen 2

“orang yang layak” ertinya—

(a)

suatu syarikat yang diperbadankan di bawah

Akta Syarikat 2016 [Akta 777];

(b)

suatu perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah

Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743]; atau

(c)

suatu perkongsian yang didaftarkan di bawah

Akta Perkongsian 1961 [Akta 135], dan bermastautin di Malaysia;

P.U. (A) 377 3

“pengaturan kerja fleksibel” ertinya pengaturan fleksibel bagi—

(a)

tempat bekerja;

(b)

penjadualan waktu kerja; atau

(c)

bilangan jam bekerja;

“Talent Corporation Malaysia Berhad” ertinya suatu syarikat berhad menurut jaminan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 untuk memulakan dan memudahkan inisiatif yang menumpukan kepada keperluan bakat di Malaysia.