Seksyen 3
Syarikat milik tempatan
of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Kos Pengambilan Syarikat Milik Asing) 2013
Tertakluk kepada kaedah 5, syarikat milik tempatan yang layak mendapat potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini ialah suatu syarikat yang⎼⎼
(a)
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan bermastautin di Malaysia; dan
(b)
menjalankan perniagaan pengilangan keluaran atau penyediaan perkhidmatan terpilih dalam Malaysia yang diluluskan oleh Menteri⎼⎼
(i)
bagi syarikat yang tidak disenaraikan di bursa saham yang ditubuhkan di bawah subseksyen 15(2) Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007 [Akta 671], yang sekurang-kurangnya enam puluh peratus modal berbayarnya berkenaan dengan saham biasa adalah dimiliki secara langsung oleh warganegara Malaysia; atau
(ii)
bagi syarikat yang disenaraikan di bursa saham yang ditubuhkan di bawah subseksyen 15(2) Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007⎼⎼
(A)
yang sekurang-kurangnya enam puluh peratus modal berbayar berkenaan dengan saham biasa adalah dimiliki secara langsung oleh warganegara Malaysia pada hari pertama penyenaraian di bursa saham; dan
(B)
yang sekurang-kurangnya lima puluh peratus saham biasanya adalah dimiliki secara langsung oleh warganegara
Malaysia.
4