Skip to content

Seksyen 2

Dalam Kaedah-Kaedah ini⎼⎼

of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Kos Pengambilan Syarikat Milik Asing) 2013

P.U. (A)In forceProvision 2 of 7
Seksyen 2

“pengilangan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam perenggan 9 Jadual 7A Akta dibaca bersama Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan

(Penetapan Aktiviti yang Dikecualikan daripada Takrif “Pengilangan”) 2012

[P.U. (A) 23/2012];

“perniagaan” ertinya perniagaan pengilangan atau penyediaan perkhidmatan

(tidak termasuk kewangan dan kemudahan) yang disebut dalam perenggan 3(b);

“syarikat milik asing” ertinya suatu syarikat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 4;

“syarikat milik tempatan”

ertinya suatu syarikat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 3;

“teknologi tinggi” ertinya teknologi baru dan membangun.

3