Malaysia legislation

Section 7

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI KOS PENGAMBILAN SYARIKAT MILIK ASING) 2013

Seksyen 7

(1)

Potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini tidak layak bagi suatu syarikat milik tempatan yang dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran⎼⎼

(a)

telah membuat suatu tuntutan bagi elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A atau elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B Akta;

(b)

telah memperoleh suatu pengecualian di bawah seksyen 127 Akta;

(c)

telah membuat suatu tuntutan bagi suatu potongan di bawah apa-apa Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali bagi elaun di bawah Jadual 3 Akta; atau 7

(d)

merupakan suatu syarikat berkaitan dengan syarikat milik tempatan yang permohonannya untuk mendapat potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini telah diluluskan.

(2)

Dalam kaedah ini, “syarikat berkaitan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Penggalakan Pelaburan 1986.

Dibuat 26 Jun 2013

[Perb.0.3865/325JLD.6; LHDN01/35/(S)/42/51/82-60; PN(PU2)80/LXX]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai Pendapatan 1967]

8

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR COST OF ACQUISITION OF FOREIGN OWNED COMPANY)

RULES 2013