Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI KOS PERUNDINGAN DAN LATIHAN BAGI PELAKSANAAN PENGATURAN KERJA FLEKSIBEL) 2015

Seksyen 3

(1)

Dalam menentukan pendapatan larasan orang yang layak daripada puncanya yang terdiri daripada perniagaan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi perbelanjaan yang dilakukan oleh orang yang layak itu dalam tempoh asas itu berhubung dengan fi perundingan dan kos latihan pekerja orang yang layak itu selama tempoh latihan, bagi pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel atau penambahbaikan pengaturan kerja fleksibel sedia ada.

(2)

Bagi maksud subkaedah (1)—

(a)

pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel atau penambahbaikan pengaturan kerja fleksibel sedia ada oleh orang yang layak hendaklah diperakukan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad;

dan

(b)

permohonan oleh orang yang layak bagi perakuan itu diterima oleh Talent Corporation Malaysia Berhad dalam tempoh mulai 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2016.

(3)

Kos latihan yang disebut dalam subkaedah (1) ialah—

(a)

fi kursus atau program latihan;

P.U. (A) 134 4

(b)

fi jurulatih dalaman;

(c)

kos bahan latihan;

(d)

kos penyewaan ruang latihan;

(e)

fi peperiksaan; dan

(f)

perbelanjaan perjalanan berkaitan latihan yang dilakukan oleh pekerja dan jurulatih seperti yang berikut:

(i)

kos pengangkutan yang amaunnya adalah—

(A)

berhubung dengan perjalanan ke dan dari Malaysia, sama banyak dengan tambang kapal terbang kelas ekonomi; atau

(B)

berhubung dengan perjalanan dalam Malaysia, sama banyak dengan tambang kapal terbang kelas ekonomi sekiranya perjalanan menggunakan pengangkutan udara, atau kos sebenar yang dilakukan sekiranya perjalanan menggunakan pengangkutan darat atau air;

(ii)

maksimum sebanyak tiga ratus ringgit sehari untuk penginapan; dan

(iii)

maksimum sebanyak satu ratus lima puluh ringgit sehari untuk makanan.

P.U. (A) 134 5

(4)

Perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah ditentusahkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad dan jumlah amaun perbelanjaan itu tidak boleh melebihi lima ratus ribu ringgit bagi setiap tahun taksiran.

(5)

Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1)

hendaklah bersamaan dengan dua kali amaun perbelanjaan yang dibenarkan di bawah

Kaedah-Kaedah ini.

(6)

Potongan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah bagi tempoh tiga tahun taksiran berturut-turut bermula dari tahun taksiran dalam tempoh asas yang perakuan diberikan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad.

(7)

Jika jumlah amaun apa-apa perbelanjaan yang sepatutnya boleh dibenarkan sebagai potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini melebihi amaun yang, pada pendapat Ketua Pengarah, boleh dijangkakan dengan semunasabahnya dilakukan dalam penjalanan biasa perniagaan, Ketua Pengarah boleh, setakat amaun yang berlebihan itu, tidak membenarkan amaun itu sebagai potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini.

Dibuat 28 Mei 2015

[Perb. CR(8.20)116/1-138(2014)(SJ. 1)(SK. 5); LHDN 01/35/(S)/42/51/231-17.15;

PN(PU2)80/LXXVIII]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai

Pendapatan 1967]

P.U. (A) 134 6

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR CONSULTATION AND TRAINING COSTS FOR THE

IMPLEMENTATION OF FLEXIBLE WORK ARRANGEMENTS) RULES 2015

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI KOS PERUNDINGAN DAN LATIHAN BAGI PELAKSANAAN PENGATURAN KERJA FLEKSIBEL) 2015