Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI KOS PERUNDINGAN DAN LATIHAN BAGI PELAKSANAAN PENGATURAN KERJA FLEKSIBEL) 2015

Seksyen 2

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

“orang yang layak” ertinya—

(a)

suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965

[Akta 125];

(b)

suatu perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah

Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743]; atau

(c)

suatu perkongsian yang didaftarkan di bawah

Akta Perkongsian 1961 [Akta 135], dan pemastautin di Malaysia;

P.U. (A) 134 3

“pengaturan kerja fleksibel” ertinya pengaturan fleksibel—

(a)

di tempat bekerja;

(b)

dalam penjadualan waktu bekerja; atau

(c)

dalam bilangan jam bekerja;

“Talent Corporation Malaysia Berhad” ertinya suatu syarikat berhad menurut jaminan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 untuk memulakan dan memudahkan inisiatif yang menumpukan kepada keperluan bakat di Malaysia.

Potongan