Seksyen 1
(1)
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan (Potongan bagi Pelaburan dalam Syarikat Berstatus BioNexus) 2016.
/akn/my/act/pua/2016/306
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PELABURAN DALAM SYARIKAT BERSTATUS BIONEXUS) 2016 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 306 2016, currently marked in force and first recorded in 2016.
Opening note
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan (Potongan bagi Pelaburan dalam Syarikat Berstatus BioNexus) 2016.
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
“Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd.” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang fungsinya adalah bagi maksud membangunkan industri bioteknologi di Malaysia;
“orang yang layak” ertinya—
seorang individu warganegara Malaysia, bermastautin dan mempunyai punca pendapatan perniagaan;
“pelaburan” ertinya—
pelaburan dalam bentuk tunai yang tidak terdapat tanggungan untuk pelaburan itu dibayar balik; atau
pelaburan dalam bentuk pegangan modal berbayar;
P.U. (A) 306 3
“pelaburan dalam bentuk pegangan modal berbayar” ertinya pelaburan dalam bentuk pegangan modal berbayar yang dibayar dalam bentuk tunai berkenaan dengan syer biasa;
“perniagaan baharu” ertinya perniagaan bioteknologi pertama yang dijalankan oleh suatu syarikat berstatus BioNexus;
“syarikat berstatus BioNexus” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 yang terlibat dalam perniagaan sains kehidupan seperti biologi, perubatan, antropologi, ekologi atau apa-apa cabang sains lain, yang berurusan dengan organisma hidup dan organisasinya, proses kehidupannya dan hubungan antara satu dengan lain, dan alam sekitarnya.
Potongan
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan bagi orang yang layak daripada perniagaannya, maka hendaklah dibenarkan suatu potongan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran suatu amaun yang bersamaan dengan nilai sebenar pelaburan yang dibuat oleh orang yang layak itu dalam tempoh asas itu dalam suatu syarikat yang diluluskan oleh Menteri sebagai suatu syarikat berstatus BioNexus.
Pelaburan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah dibuat—
bagi suatu tempoh yang tidak lebih awal daripada 1 Januari 2016 dan tidak lewat daripada 31 Disember 2020;
Opening note
bagi maksud semata-mata untuk membiayai aktiviti pada peringkat permulaan pengkomersialan suatu perniagaan baharu yang diluluskan oleh Menteri.
P.U. (A) 306 4
Pelaburan yang dibuat oleh orang yang layak sebelum permulaan suatu perniagaan baharu hendaklah disifatkan telah dibuat pada tarikh bermulanya perniagaan baharu itu sebagaimana yang ditentukan oleh Malaysian Bioeconomy
Development Corporation Sdn. Bhd.
Jika pelaburan adalah pelaburan dalam bentuk pegangan modal berbayar, syer biasa tidak boleh dilupuskan dalam tempoh lima tahun dari tarikh terakhir pelaburan itu dibuat.
Jika orang yang layak yang telah membuat pelaburan dalam bentuk pegangan modal berbayar dan menuntut suatu potongan berkenaan dengan pelaburan itu di bawah subkaedah (1) melupuskan syer biasa dalam tempoh lima tahun dari tarikh terakhir pelaburan itu dibuat dan menerima suatu amaun sebagai balasan bagi pelupusan syer biasa itu, amaun yang diterima oleh orang yang layak itu hendaklah ditambah dalam menentukan pendapatan larasannya bagi tahun taksiran dalam tempoh asas yang amaun itu diterima.
Amaun yang diterima yang ditambah dalam menentukan pendapatan larasan orang yang layak itu di bawah subkaedah (5) tidak boleh melebihi jumlah keseluruhan potongan yang telah dibenarkan berhubung dengan pelaburan dalam bentuk pegangan modal berbayar itu.
Bagi maksud kaedah ini, “peringkat permulaan pengkomersialan” ertinya peringkat kajian, penilaian dan pembangunan bagi konsep permulaan atau prototaip sebelum teknologi atau produk dikomersialkan, tetapi tidak termasuk peningkatan kapasiti produk, pembangunan produk atau pemasaran produk.
Syarat kelayakan bagi potongan
Potongan yang dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:
orang yang layak telah mengemukakan permohonan kepada Menteri melalui Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd.
P.U. (A) 306 5
bagi kelulusan untuk membuat pelaburan dalam suatu syarikat berstatus BioNexus pada atau selepas 1 Januari 2016 dan permohonan itu telah diluluskan oleh Menteri;
jika orang yang layak merupakan suatu syarikat, tiada syarikat lain yang merupakan syarikat berkaitan kepada syarikat itu yang telah dibenarkan potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini atau
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Pelaburan dalam
Syarikat Berstatus BioNexus) 2007 [P.U. (A) 373/2007];
hanya tiga permohonan boleh dibenarkan bagi tujuan kelulusan potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini;
setiap kelulusan hendaklah diberikan berkenaan dengan pelaburan yang dibuat dalam tiga aktiviti yang berbeza bagi perniagaan baharu iaitu pertanian, penjagaan kesihatan atau perindustrian; dan
pelaburan hendaklah dibuat dalam syarikat berstatus BioNexus yang apa-apa modal berbayarnya tidak dimiliki oleh—
abang atau adik lelaki atau kakak atau adik perempuan, kepada individu itu atau kepada suami atau isteri individu itu;
ibu atau bapa, kepada individu itu atau kepada suami atau isteri individu itu;
P.U. (A) 306 6
anak, termasuklah anak tiri atau anak angkat mengikut mana-mana undang-undang, kepada individu itu;
datuk, nenek atau cucu, kepada individu itu atau kepada suami atau isteri individu itu;
suami atau isteri kepada mana-mana individu yang disebutkan dalam subsubperenggan (B); atau
bapa saudara, emak saudara atau sepupu, kepada individu itu atau kepada suami atau isteri individu itu; dan
jika permohonan untuk membuat pelaburan oleh seorang individu telah diluluskan di bawah Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan
(Potongan bagi Pelaburan dalam Syarikat Berstatus BioNexus) 2007, kelulusan di bawah Kaedah-Kaedah ini hanya boleh diberikan berkenaan dengan aktiviti selain aktiviti yang diluluskan di bawah
Kaedah-Kaedah itu tertakluk kepada syarat yang dinyatakan dalam kaedah ini.
Bagi maksud kaedah ini, “syarikat berkaitan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2
Akta
Penggalakan
Pelaburan 1986 [Akta 327].
Pemberhentian potongan
Potongan yang diberikan di bawah Kaedah-Kaedah ini kepada orang yang layak hendaklah terhenti dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran apabila syarikat berstatus BioNexus memulakan pengkomersialan bagi aktiviti yang berkenaan dengannya pelaburan itu dibuat iaitu berdasarkan tarikh invois jualan pertamanya.
Ketidakpakaian
Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai bagi orang yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran jika orang yang layak itu—
telah membuat suatu pelaburan dalam suatu syarikat berstatus BioNexus yang telah diberikan suatu pengecualian di bawah Perintah Cukai
Pendapatan (Pengecualian) (No. 18) 2007 [P.U. (A) 372/2007];
telah membuat tuntutan bagi elaun di bawah Jadual 7A atau Jadual 7B kepada Akta;
telah membuat suatu tuntutan bagi potongan di bawah apa-apa
Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali―
elaun di bawah Jadual 3 kepada Akta;
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan
Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006];
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan
(Potongan bagi
Kos yang berhubungan dengan Latihan untuk Pekerja bagi Pelaksanaan Cukai
Barang dan Perkhidmatan) 2014 [P.U. (A) 334/2014]; atau
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan
Cukai) 2014 [P.U. (A) 336/2014].
Pembatalan
P.U. (A) 306 7
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Pelaburan dalam Syarikat
Berstatus BioNexus) 2007 dibatalkan.
Walau apa pun subkaedah (1), Kaedah-Kaedah yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah terus terpakai bagi apa-apa potongan bagi pelaburan yang
P.U. (A) 306 8
telah diluluskan di bawah Kaedah-Kaedah itu seolah-olah Kaedah-Kaedah itu tidak dibatalkan.
Dibuat 11 November 2016
[Per. 0.3865/366 Jld. 5 (sk.2); LHDN.01/35/(S)/42/51/231-33; PN(PU2)80/LXXXIV]
DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 154(2)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 306 9
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (DEDUCTION FOR INVESTMENT IN A BIONEXUS STATUS COMPANY)
RULES 2016
Opening note
These rules may be cited as the Income Tax (Deduction for Investment in a BioNexus Status Company) Rules 2016.
These Rules shall have effect from the year of assessment 2016.
Interpretation 2.
In these Rules—
“Malaysia Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd.” means a company incorporated under the Companies Act 1965 [Act 125] whose function is for the purpose of developing the biotechnology industry in Malaysia;
“qualifying person” means—
an individual who is a Malaysian citizen, resident and has business income source;
“investment” means―
investment in the form of cash for which there is no obligation for the investment to be repaid; or
investment in the form of holding of paid-up capital;
P.U. (A) 306 10
“investment in the form of holding of paid-up capital” means investment in the form of holding of paid-up capital which is paid in cash in respect of ordinary shares;
“new business” means the first biotechnology business undertaken by a BioNexus status company;
“BioNexus status company” means a company incorporated under the Companies
Act 1965 which is engaged in a business of life sciences such as biology, medicine, anthropology, ecology or any other branches of science, which deal with living organisms and their organization, life processes and relationships to each other and their environment.
Deduction 3.
For the purpose of ascertaining the adjusted income of a qualifying person from its business, there shall be allowed a deduction in the basis period for a year of assessment of an amount equivalent to the actual value of investment made by the qualifying person in the basis period in a company which has been approved by the
Minister as a BioNexus status company.
The investment referred to in subrule (1) shall be made —
for a period not earlier than 1 January 2016 and not later than 31 December 2020;
for the sole purpose of financing activities at the initiation of commercialization stage of a new business approved by the Minister.
The investment made by the qualifying person prior to the commencement of a new business shall be deemed to be made on the date the new business commences as determined by Malaysia Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd.
P.U. (A) 306 11
Where an investment is an investment in the form of holding of paid-up capital, the ordinary shares shall not be disposed of within five years from the date of last investment.
Where the qualifying person who has made an investment in the form of holding of paid-up capital and claimed a deduction in respect of the investment under subrule (1) disposes the ordinary shares within five years from the date of the last investment and receives an amount as the consideration for the disposal of such shares, the amount received by the qualifying person shall be added in ascertaining his adjusted income for the year of assessment in the basis period in which the amount is received.
The amount received which is being added in ascertaining the adjusted income of the qualifying person under subrule (5) shall not exceed the total deduction allowed in relation to the investment in the form of holding of paid-up capital.
For the purpose of this rule, “initiation of commercialization stage” means the stage of research, assessment and development of an initial concept or prototype before the technology or product is commercialized, but excludes the increase of product capacity, product development or product marketing.
Condition for deduction 4.
The deduction allowed under these Rules is subject to the following conditions:
the qualifying person has submitted an application to the Minister through Malaysia Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd. for an approval to make investment in a BioNexus status company on or after 1 January 2016 and such application has been approved by the
Minister;
where the qualifying person is a company, no other company which is a related company to the company has been allowed the deduction under
P.U. (A) 306 12
these Rules or the Income Tax (Deduction for Investment in a
BioNexus Status Company) Rules 2007 [P.U. (A) 373/2007];
only three applications shall be allowed for the purpose of deduction under these Rules;
each approval shall be granted in respect of an investment made in three different activities of the new business which are agriculture, healthcare or industrial; and
the investment shall be made in a BioNexus status company which any of its paid-up capital is not owned by―
the child, including a step child or child adopted in accordance with any law, of the individual;
the grandparent or grandchild, of the individual or of the spouse of the individual;
the spouse of any of the individual referred to in subsubparagraph (B); or
P.U. (A) 306 13
the uncle, aunt or cousin, of the individual or of the spouse of the individual; and
where an application to make an investment by an individual has been approved under the Income Tax (Deduction for Investment in a
BioNexus Status Company) Rules 2007, the approval under these Rules shall only be given in respect of the activity other than the activity approved under that Rules subject to the conditions specified in this rule.
For the purpose of this rule, “related company” has the same meaning assigned to it in section 2 of the Promotion of Investment Act 1986 [Act 327].
Cessation of deduction 5.
The deduction allowed under these Rules to a qualifying person shall cease in the basis period for a year of assessment upon the BioNexus status company commences the commercialization of the activities in respect of which the investment is made which is based on the date of the first sales invoice.
Non-application 6.
These Rules shall not apply to a qualifying person in the basis period for a year of assessment if the qualifying person—
has made an investment in BioNexus status company which has been granted an exemption under the Income Tax (Exemption) (No. 18)
Order 2007 [P.U. (A) 372/2007];
has been granted an exemption under section 127 of the Act; or
P.U. (A) 306 14
has made a claim for a deduction under any Rules made under section 154 of the Act except―
allowance under Schedule 3 to the Act;
the Income Tax (Deduction for Audit Expenditure) Rules 2006
[P.U. (A) 129/2006];
the Income Tax (Deduction for Cost relating to Training for Employees for the Implementation of Goods and Services Tax) Rules 2014
[P.U. (A) 334/2014]; or
the Income Tax (Deduction for Expenses in relation to Secretarial Fee and Tax Filing Fee) Rules 2014 [P.U. (A) 336/2014].
Revocation 7.
The Income Tax (Deduction for Investment in a BioNexus Status Company)
Rules 2007 are revoked.
Nowithstanding subrule (1), the Rules mentioned in subrule (1) shall continue to apply for any deduction for the investment which has been approved under the Rules as if the Rules have not been revoked.
Made 11 November 2016
[Per. 0.3865/366 Jld. 5 (sk.2); LHDN.01/35/(S)/42/51/231-33; PN(PU2)80/LXXXIV]
DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI
Second Minister of Finance
[To be laid before Dewan Rakyat pursuant to subsection 154(2) of the
Income Tax Act 1967]