Seksyen 6
Ketidakpakaian
of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Pelaburan dalam Syarikat Berstatus Bionexus) 2016
Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai bagi orang yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran jika orang yang layak itu—
P.U. (A) 306 7
(a)
telah membuat suatu pelaburan dalam suatu syarikat berstatus BioNexus yang telah diberikan suatu pengecualian di bawah Perintah Cukai
Pendapatan (Pengecualian) (No. 18) 2007 [P.U. (A) 372/2007];
(b)
telah membuat tuntutan bagi elaun di bawah Jadual 7A atau Jadual 7B kepada Akta;
(c)
telah diberikan apa-apa insentif di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986;
(d)
telah diberikan pengecualian di bawah seksyen 127 Akta; atau
(e)
telah membuat suatu tuntutan bagi potongan di bawah apa-apa
Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali―
(i)
elaun di bawah Jadual 3 kepada Akta;
(ii)
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan
Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006];
(iii)
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan
(Potongan bagi
Kos yang berhubungan dengan Latihan untuk Pekerja bagi Pelaksanaan Cukai
Barang dan Perkhidmatan) 2014 [P.U. (A) 334/2014]; atau
(iv)
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan
Cukai) 2014 [P.U. (A) 336/2014].