Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PELABURAN DALAM SYARIKAT BERSTATUS BIONEXUS) 2016

Seksyen 2

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

“Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd.” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang fungsinya adalah bagi maksud membangunkan industri bioteknologi di Malaysia;

“orang yang layak” ertinya—

(a)

suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965; atau

(b)

seorang individu warganegara Malaysia, bermastautin dan mempunyai punca pendapatan perniagaan;

“pelaburan” ertinya—

(a)

pelaburan dalam bentuk tunai yang tidak terdapat tanggungan untuk pelaburan itu dibayar balik; atau

(b)

pelaburan dalam bentuk pegangan modal berbayar;

P.U. (A) 306 3

“pelaburan dalam bentuk pegangan modal berbayar” ertinya pelaburan dalam bentuk pegangan modal berbayar yang dibayar dalam bentuk tunai berkenaan dengan syer biasa;

“perniagaan baharu” ertinya perniagaan bioteknologi pertama yang dijalankan oleh suatu syarikat berstatus BioNexus;

“syarikat berstatus BioNexus” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 yang terlibat dalam perniagaan sains kehidupan seperti biologi, perubatan, antropologi, ekologi atau apa-apa cabang sains lain, yang berurusan dengan organisma hidup dan organisasinya, proses kehidupannya dan hubungan antara satu dengan lain, dan alam sekitarnya.

Potongan

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PELABURAN DALAM SYARIKAT BERSTATUS BIONEXUS) 2016