Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Dalam Kaedah-kaedah ini—
“bank atau institusi kewangan” ertinya—
(a)
suatu bank atau syarikat kewangan yang dilesenkan atau disifatkan dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 [Akta 372];
(b)
suatu bank yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276];
(c)
suatu institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta
Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];
(d)
suatu perniagaan insurans yang dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996
[Akta 553]; atau
P.U. (A) 89 3
(e)
suatu pengendali takaful yang dilesenkan di bawah Akta Takaful 1984
[Akta 312];
“orang yang layak” ertinya kontraktor atau pemaju penyelamat yang dilantik atau diluluskan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau pelikuidasi untuk menjalankan kerja pemulihan bagi projek terbengkalai;
“pelikuidasi” ertinya mana-mana pelikuidasi yang dilantik oleh mahkamah bagi maksud projek terbengkalai;
“pinjaman” ertinya pinjaman yang diberikan oleh bank atau institusi kewangan untuk membiayai projek terbengkalai;
“projek terbengkalai” ertinya suatu projek yang diperakui oleh Menteri
Perumahan dan
Kerajaan
Tempatan sebagai projek terbengkalai menurut perenggan 11(1)(ca) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966
[Akta 118].
Pemakaian