Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN BERHUBUNG DENGAN FAEDAH DAN KOS SAMPINGAN DALAM MEMPEROLEH PINJAMAN BAGI PROJEK TERBENGKALAI) 2013

Seksyen 2

(1)

Dalam Kaedah-kaedah ini—

“bank atau institusi kewangan” ertinya—

(a)

suatu bank atau syarikat kewangan yang dilesenkan atau disifatkan dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 [Akta 372];

(b)

suatu bank yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276];

(c)

suatu institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta

Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];

(d)

suatu perniagaan insurans yang dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996

[Akta 553]; atau

P.U. (A) 89 3

(e)

suatu pengendali takaful yang dilesenkan di bawah Akta Takaful 1984

[Akta 312];

“orang yang layak” ertinya kontraktor atau pemaju penyelamat yang dilantik atau diluluskan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau pelikuidasi untuk menjalankan kerja pemulihan bagi projek terbengkalai;

“pelikuidasi” ertinya mana-mana pelikuidasi yang dilantik oleh mahkamah bagi maksud projek terbengkalai;

“pinjaman” ertinya pinjaman yang diberikan oleh bank atau institusi kewangan untuk membiayai projek terbengkalai;

“projek terbengkalai” ertinya suatu projek yang diperakui oleh Menteri

Perumahan dan

Kerajaan

Tempatan sebagai projek terbengkalai menurut perenggan 11(1)(ca) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966

[Akta 118].

Pemakaian