Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN BERHUBUNG DENGAN FAEDAH DAN KOS SAMPINGAN DALAM MEMPEROLEH PINJAMAN BAGI PROJEK TERBENGKALAI) 2013

Seksyen 4

(1)

Tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini, bagi maksud menentukan pendapatan larasan bagi orang yang layak yang bermastautin di Malaysia daripada perniagaannya bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan yang diperihalkan dalam subkaedah (2) yang—

P.U. (A) 89 4

(a)

dilakukan oleh orang yang layak itu dalam tempoh asas berkenaan dengan perniagaannya;

(b)

dilakukan terutamanya dan khususnya bagi maksud projek terbengkalai.

(2)

Belanja pasti dan perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1)

adalah—

(a)

perbelanjaan yang dilakukan dalam mendapatkan pinjaman bagi maksud projek terbengkalai;

(b)

perbelanjaan yang berkaitan dengan faedah yang dilakukan ke atas pinjaman.

(3)

Amaun potongan yang dibenarkan di bawah perenggan (2)(a) hendaklah bersamaan dengan dua kali amaun perbelanjaan yang dibenarkan di bawah perenggan itu.

(4)

Amaun potongan yang dibenarkan di bawah perenggan (2)(b) hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa potongan di bawah seksyen 33 Akta.

(5)

Apa-apa potongan yang disebut dalam subkaedah (3) dan (4) hendaklah hanya boleh dituntut dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang projek terbengkalai itu disiapkan.

(6)

Perbelanjaan pembangunan bagi projek terbengkalai hendaklah dipermodalkan dan dituntut dalam tahun taksiran projek itu disiapkan.

(7)

Bahagian perbelanjaan am dan pentadbiran yang disebabkan oleh projek terbengkalai hendaklah dikumpul dan dituntut dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran projek itu disiapkan.

P.U. (A) 89 5

(8)

Subsection
Section 4 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN BERHUBUNG DENGAN FAEDAH DAN KOS SAMPINGAN DALAM MEMPEROLEH PINJAMAN BAGI PROJEK TERBENGKALAI) 2013