Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF BAGI PENGILANG PRODUK FARMASEUTIKAL) 2022
Seksyen 2
(1)
Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai kepada pengilang produk farmaseutikal yang permohonannya bagi Skim Insentif bagi Pengilang
Produk Farmaseutikal di bawah Kaedah-Kaedah ini telah diluluskan oleh Menteri di bawah subkaedah (2) (selepas ini disebut sebagai “syarikat yang layak”).
(2)
Permohonan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah diterima oleh Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pada atau selepas 1 Januari 2021 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2022.
(3)
Syarikat yang layak yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah mematuhi semua syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam Garis Panduan Insentif bagi Pengilang Produk Farmaseutikal termasuk vaksin di bawah Belanjawan 2021
yang dikeluarkan atau sebagaimana yang disemak oleh Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia dan diluluskan oleh Menteri.
3
Tafsiran