Seksyen 7
Suatu syarikat yang layak yang diluluskan di bawah Skim Insentif bagi Pengilang
of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Skim Insentif bagi Pengilang Produk Farmaseutikal) 2022
Produk Farmaseutikal di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah mematuhi semua syarat yang dinyatakan seperti yang berikut:
(a)
syarikat yang layak itu hendaklah melakukan perbelanjaan modal yang layak pertama tidak termasuk tanah dalam tempoh satu tahun dari tarikh surat kelulusan itu dikeluarkan;
(b)
syarikat yang layak itu hendaklah melakukan amaun keseluruhan perbelanjaan modal yang layak sebagaimana yang dinyatakan dalam
5
surat kelulusan itu dalam tempoh lima tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang layak pertama dilakukan; dan
(c)
apa-apa syarat dalam
Jadual dan apa-apa syarat lain yang dikenakan oleh Menteri sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kelulusan itu dan Garis Panduan Insentif bagi Pengilang
Produk Farmaseutikal termasuk vaksin di bawah Belanjawan 2021
yang dikeluarkan atau sebagaimana yang disemak oleh
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan diluluskan oleh Menteri.