Seksyen 3
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Skim Insentif bagi Pengilang Produk Farmaseutikal) 2022
“aktiviti isi dan kemasan” ertinya proses pengisian bebuli dengan vaksin dan menyiapkan proses pembungkusan ubat untuk pengagihan;
“Skim Insentif bagi Pengilang Produk Farmaseutikal” ertinya suatu skim insentif bagi syarikat yang layak yang menjalankan perniagaan berkenaan dengan suatu aktiviti yang layak dan diluluskan oleh Menteri;
“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan
Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397];
“pengilang produk farmaseutikal” ertinya suatu syarikat—
(a)
yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
dan bermastautin di Malaysia;
(b)
yang mempunyai suatu lesen pengilangan di bawah Akta Penyelarasan
Perindustrian 1975 [Akta 156] daripada Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri atau surat pengesahan pengecualian lesen pengilangan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia;
(c)
yang menjalankan pengilangan produk farmaseutikal termasuk formulasi di Malaysia tetapi tidak termasuk aktiviti isi dan kemasan.