Malaysia legislation

Section 7

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF BAGI PENGILANG PRODUK FARMASEUTIKAL) 2022

Seksyen 7

Syarat bagi Skim Insentif Pengeluar Produk Farmaseutikal

Produk Farmaseutikal di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah mematuhi semua syarat yang dinyatakan seperti yang berikut:

(a)

syarikat yang layak itu hendaklah melakukan perbelanjaan modal yang layak pertama tidak termasuk tanah dalam tempoh satu tahun dari tarikh surat kelulusan itu dikeluarkan;

(b)

syarikat yang layak itu hendaklah melakukan amaun keseluruhan perbelanjaan modal yang layak sebagaimana yang dinyatakan dalam

5

surat kelulusan itu dalam tempoh lima tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang layak pertama dilakukan; dan

(c)

apa-apa syarat dalam

Jadual dan apa-apa syarat lain yang dikenakan oleh Menteri sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kelulusan itu dan Garis Panduan Insentif bagi Pengilang

Produk Farmaseutikal termasuk vaksin di bawah Belanjawan 2021

yang dikeluarkan atau sebagaimana yang disemak oleh

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan diluluskan oleh Menteri.

Penyerahan Skim Insentif bagi Pengilang Produk Farmaseutikal

Section 7 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF BAGI PENGILANG PRODUK FARMASEUTIKAL) 2022