Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF PEJABAT KELUARGA TUNGGAL) (PULAU 1 ZON KEWANGAN KHAS FOREST CITY) 2025

Seksyen 3

(1)

Syarikat yang layak ialah suatu syarikat dana keluarga tunggal yang—

(a)

diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia;

(b)

dimiliki sepenuhnya, secara langsung atau tidak langsung, oleh anggota suatu keluarga tunggal;

(c)

beroperasi di Pulau 1 Zon Kewangan Khas Forest City; dan

(d)

ditubuhkan semata-mata bagi maksud memegang aset dan aktiviti pelaburan bagi kepentingan anggota suatu keluarga tunggal.

(2)

Syarikat yang layak yang disebut dalam subkaedah (1) bukan merupakan syarikat yang layak di bawah Kaedah-Kaedah ini jika dalam tahun taksiran yang ditentukan yang disebut dalam kaedah 7—

P.U. (A) 350 4

(a)

suatu tuntutan telah dibuat bagi elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B kepada Akta;

(b)

apa-apa insentif telah diberikan di bawah Akta Penggalakan

Pelaburan 1986 [Akta 327];

(c)

suatu pengecualian telah diberikan di bawah perenggan 127(3)(b)

atau subseksyen 127(3A) Akta;

(d)

suatu skim insentif telah diluluskan oleh Menteri di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154

Akta; atau

(e)

suatu tuntutan telah dibuat bagi potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali—

(i)

kaedah-kaedah berhubung dengan elaun di bawah Jadual 3

kepada Akta;

(ii)

Kaedah-Kaedah

Cukai

Pendapatan

(Potongan bagi

Perbelanjaan Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006]; atau

(iii)

Kaedah-Kaedah

Cukai

Pendapatan

(Potongan bagi

Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan

Yuran Pemfailan Cukai) 2020 [P.U. (A) 162/2020].

Aktiviti yang layak