Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
“aktiviti yang layak” ertinya aktiviti sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 4;
“keluarga tunggal” ertinya suatu keluarga yang anggotanya ialah individu yang mempunyai pertalian nasab langsung daripada nenek moyang tunggal dan termasuklah—
(a)
suami atau isteri;
(b)
anak kandung;
(c)
anak tiri; dan
P.U. (A) 350 3
(d)
anak yang diambil menjadi anak angkat mengikut mana-mana undang-undang bertulis;
“Pulau 1 Zon Kewangan Khas Forest City” ertinya Pulau 1, Forest City yang terletak di Mukim Tanjung Kupang, Daerah Johor Bahru, Johor sebagaimana yang ditunjukkan dalam Pelan Warta PW50276 yang disimpan di Pejabat Pengarah Ukur dan Pemetaan,
Johor;
“syarikat yang diluluskan” ertinya syarikat yang layak yang baginya suatu kelulusan bagi Skim Insentif Pejabat Keluarga Tunggal telah diberikan di bawah kaedah 5;
“syarikat yang layak” ertinya suatu syarikat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 3.
Syarikat yang layak