Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Syarikat yang diluluskan hendaklah mematuhi syarat yang dikenakan oleh
Menteri yang hendaklah termasuk syarat yang berikut:
(a)
bagi setiap tahun bagi tempoh sepuluh tahun taksiran pertama, syarikat yang diluluskan hendaklah mendapatkan perakuan daripada
Suruhanjaya Sekuriti bahawa syarikat yang diluluskan itu—
(i)
telah mengambil kerja sekurang-kurangnya dua orang pekerja sepenuh masa yang seorang daripada pekerja itu merupakan pelabur profesional dengan gaji minimum sepuluh ribu ringgit;
(ii)
tidak menggunakan deposit bank bagi pelaburan tempatan;
(iii)
pada akhir tahun taksiran—
P.U. (A) 350 6
(A)
telah melakukan perbelanjaan operasi tempatan tahunan tidak kurang daripada lima ratus ribu ringgit;
(B)
mempunyai aset di bawah pengurusannya tidak kurang daripada tiga puluh juta ringgit; dan
(C)
berhubung dengan pelaburan tempatan, telah membuat pelaburan tidak kurang daripada sepuluh juta ringgit atau sepuluh peratus daripada aset di bawah pengurusannya yang disebut dalam subsubperenggan (a)(iii)(B), mengikut mana-mana yang lebih rendah; dan
(iv)
tidak menjalankan apa-apa perniagaan lain di Malaysia;
(b)
bagi setiap tahun bagi tempoh sepuluh tahun taksiran yang berikutnya, syarikat yang diluluskan hendaklah mendapatkan perakuan daripada
Suruhanjaya Sekuriti bahawa syarikat yang diluluskan itu pada akhir tahun taksiran—
(i)
mempunyai aset di bawah pengurusannya tidak kurang daripada lima puluh juta ringgit;
(ii)
berhubung dengan pelaburan tempatan, telah membuat pelaburan tidak kurang daripada sepuluh juta ringgit atau sepuluh peratus daripada aset di bawah pengurusannya yang disebut dalam subperenggan (b)(i), mengikut mana-mana yang lebih tinggi;
(iii)
telah mengambil kerja sekurang-kurangnya empat orang pekerja sepenuh masa; dan
(iv)
telah melakukan perbelanjaan operasi tempatan tahunan tidak kurang daripada enam ratus lima puluh ribu ringgit;
P.U. (A) 350 7
(c)
syarikat yang diluluskan hendaklah mematuhi syarat yang diperuntukkan di bawah seksyen 65B Akta; dan
(d)
syarikat yang diluluskan hendaklah mematuhi mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Tahun taksiran yang ditentukan