Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Aktiviti yang layak yang disebut di bawah Kaedah-Kaedah ini ialah mana-mana aktiviti perkhidmatan berikut yang mengadaptasi teknologi
Revolusi Perindustrian 4.0 dan pendigitalan yang dijalankan oleh syarikat yang layak:
(a)
penyediaan penyelesaian teknologi atau syarikat teknologi yang membangunkan teknologi dan menyediakan penyelesaian teknologi berdasarkan cabaran kejuruteraan atau saintifik penting;
(b)
penyediaan infrastruktur dan teknologi bagi pengkomputeran awan;
(c)
aktiviti penyelidikan dan pembangunan atau reka bentuk dan pembangunan;
(d)
makmal pengujian peranti perubatan dan ujian klinikal; atau
(e)
mana-mana aktiviti perkhidmatan atau aktiviti perkhidmatan berkaitan pengilangan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
P.U. (A) 398 5
Kadar yang terpakai