Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Perkhidmatan
Penyediaan Perkhidmatan di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah mematuhi syarat yang dikenakan oleh Menteri sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kelulusan dan
Garis
Panduan dan
Prosedur
Permohonan
Insentif
Cukai
Istimewa bagi Aktiviti Perkhidmatan Terpilih di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
(PENJANA) yang dikeluarkan atau disemak semula oleh Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia dan diluluskan oleh Menteri, yang hendaklah termasuk syarat yang berikut:
(a)
menggaji sekurang-kurangnya lapan puluh peratus pekerja sepenuh masa warganegara Malaysia pada atau sebelum tahun ketiga dari tarikh invois pertama berhubung dengan aktiviti yang layak yang dikeluarkan oleh syarikat yang layak itu sehingga tamat tahun taksiran yang ditentukan; dan
P.U. (A) 398 6
(b)
melakukan amaun perbelanjaan operasi tahunan yang mencukupi yang diluluskan bagi menjalankan aktiviti yang layak atau pelaburan dalam harta tetap yang mencukupi yang diluluskan bagi menjalankan aktiviti yang layak.
Penyerahan
Skim
Insentif
Penempatan
Semula
Perniagaan
Penyediaan
Perkhidmatan