Malaysia legislation

Section 8

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF PENEMPATAN SEMULA PERNIAGAAN PENYEDIAAN PERKHIDMATAN) 2022

Seksyen 8

(1)

Menteri boleh, pada bila-bila masa, kecuali jika syarikat yang layak gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berkaitan dengan Skim Insentif

Penempatan Semula Perniagaan Penyediaan Perkhidmatan, membenarkan syarikat yang layak untuk menyerahkan Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan

Penyediaan Perkhidmatan yang diberikan di bawah Kaedah-Kaedah ini melalui notis secara bertulis kepada Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

(2)

Penyerahan Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan Penyediaan

Perkhidmatan itu hendaklah berkuat kuasa pada hari pertama dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang permohonan bagi penyerahan Skim Insentif Penempatan

Semula Perniagaan Penyediaan Perkhidmatan itu diterima oleh Menteri melalui

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Ketidakpakaian

Section 8 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF PENEMPATAN SEMULA PERNIAGAAN PENYEDIAAN PERKHIDMATAN) 2022