Malaysia legislation

Section 10

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF PUSAT PERDAGANGAN GLOBAL) 2022

Seksyen 10

Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai bagi syarikat yang layak yang dalam tahun taksiran yang ditentukan—

(a)

telah membuat suatu tuntutan bagi elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A kepada Akta atau elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B kepada Akta;

(b)

telah diberikan apa-apa insentif di bawah Akta Penggalakan

Pelaburan 1986 [Akta 327] berkenaan dengan aktiviti yang layak yang sama;

(c)

telah diberikan pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) Akta berkenaan dengan aktiviti yang layak yang sama; atau

(d)

telah membuat suatu tuntutan bagi potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali—

P.U. (A) 48 6

(i)

kaedah-kaedah berhubung dengan elaun di bawah Jadual 3

kepada Akta;

(ii)

Kaedah-Kaedah

Cukai

Pendapatan

(Potongan bagi

Perbelanjaan Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006]; atau

(iii)

Kaedah-Kaedah

Cukai

Pendapatan

(Potongan bagi

Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan

Yuran Pemfailan Cukai) 2020 [P.U. (A) 162/2020].

Dibuat 3 Mac 2022

[MOF.TAX(S) 700-2/1/92; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-148; PN(PU2)80/Jld. 105]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 154(2)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 48 7

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (GLOBAL TRADING CENTRE INCENTIVE SCHEME) RULES 2022

Section 10 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF PUSAT PERDAGANGAN GLOBAL) 2022