Skip to content

Seksyen 9

Penyerahan Skim Insentif Pusat Perdagangan Global

of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Skim Insentif Pusat Perdagangan Global) 2022

P.U. (A)In forceProvision 9 of 10
Seksyen 9

(1)

Menteri boleh, pada bila-bila masa, kecuali jika syarikat yang layak gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berkaitan dengan Skim Insentif Pusat

Perdagangan Global, membenarkan syarikat yang layak untuk menyerahkan

Skim Insentif Pusat Perdagangan Global yang diberikan di bawah Kaedah-Kaedah ini melalui notis bertulis kepada

Menteri melalui

Lembaga

Pembangunan

Pelaburan Malaysia.

(2)

Penyerahan Skim Insentif Pusat Perdagangan Global itu hendaklah berkuat kuasa pada hari pertama dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang permohonan bagi penyerahan Skim Insentif Pusat Perdagangan Global itu diterima oleh

Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.