Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH HAKMILIK STRATA (WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) 2019

Seksyen 3

Permohonan bagi Sijil Formula Unit Syer

(1)

Mana-mana pemilik asal hendaklah, sebelum membuat suatu permohonan bagi pecah bahagi bangunan atau tanah di bawah seksyen 9 Akta, membuat permohonan bagi Sijil Formula Unit Syer dalam Borang A Jadual 1.

(2)

Permohonan di bawah subkaedah (1) hendaklah―

(a)

menggunakan pengiraan formula unit syer sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 2;

(b)

mematuhi apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah; dan 3

(c)

disertakan dengan fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 3.

(3)

Jika pemilik asal tidak dapat mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat yang dikehendaki untuk dikemukakan dalam Borang A Jadual 1, Pengarah boleh, selepas berpuas hati bahawa pemilik asal telah memberikan alasan yang mencukupi, mengecualikan pengemukaan dokumen atau maklumat itu.

(4)

Apabila berpuas hati bahawa kehendak di bawah kaedah ini telah dipatuhi,

Pengarah boleh meluluskan permohonan dan mengeluarkan Sijil Formula Unit Syer sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 4 kepada pemilik asal.

(5)

Walau apa pun perenggan (2)(a), jika Pengarah mendapati bahawa pengiraan formula unit syer akan menyebabkan unit syer yang dicadangkan atau kuantum unit syer sementara yang diperuntukkan kepada petak atau blok sementara, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah tidak saksama, Pengarah boleh mengguna pakai formula unit syer lain yang saksama bagi permohonan itu.

Perubahan dalam Sijil Formula Unit Syer

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH HAKMILIK STRATA (WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) 2019