Skip to content

Seksyen 4

Perubahan dalam Sijil Formula Unit Syer

of Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata (Wilayah Persekutuan Labuan) 2019

P.U. (A)In forceProvision 4 of 5
Seksyen 4

(1)

Jika terdapat apa-apa perubahan pada pelan bangunan yang telah diluluskan oleh Perbadanan Labuan, atau pada unit syer, atau kedua-duanya, selepas

Sijil Formula Unit Syer dikeluarkan, pemilik asal hendaklah membuat permohonan bagi suatu Sijil Formula Unit Syer yang baharu di bawah kaedah 3 kepada Pengarah dan kehendak di bawah subkaedah 3(1) dan (2) hendaklah terpakai.

(2)

Jika mana-mana pemilik asal berhasrat untuk mengubah apa-apa maklumat dalam Sijil Formula Unit Syer selain maklumat yang berhubungan dengan pelan bangunan dan unit syer yang disebut dalam subkaedah (1), pemilik asal hendaklah membuat permohonan untuk mengubah maklumat itu kepada Pengarah mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah bersama dengan bayaran fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 3.

P.U. (A) 328 4

(3)

Bagi maksud subkaedah (2), perubahan maklumat hanya akan dibuat kepada Sijil Formula Unit Syer yang asal tanpa pengeluaran Sijil Formula Unit Syer yang baharu.