Skip to content

Seksyen 2

Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

of Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Pendaftaran Pembekal) 2023

P.U. (A)In forceProvision 2 of 14
Seksyen 2

"badan penilai" ertinya badan pensijilan, pemegang lesen individu, orang yang diberi kuasa, organisasi, badan atau makmal ujian yang diiktiraf oleh Suruhanjaya untuk menjalankan penilaian pematuhan dan mengeluarkan laporan penilaian pematuhan;

"badan pensijilan" ertinya suatu badan pensijilan kompeten yang diiktiraf oleh

Suruhanjaya sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah 10;

"pembekal" ertinya pengilang, pengimport atau pengedar sesuatu pemasangan, peranti atau kelengkapan, termasuk ejen atau wakil yang membekalkan atau mengedarkan pemasangan, peranti atau kelengkapan itu kepada mana-mana pengguna, tetapi tidak termasuk peruncit;

"penilaian pematuhan" ertinya proses penilaian dan pengujian yang dijalankan bagi memastikan pemasangan, peranti atau kelengkapan itu mematuhi standard yang diiktiraf;

P.U. (A) 390 3

"pihak berkuasa akreditasi" ertinya Ketua Pengarah Jabatan Standard sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Standard Malaysia 1996 [Akta 549];

"sijil pemasangan, peranti atau kelengkapan" ertinya sijil yang dikeluarkan oleh badan pensijilan untuk mengesahkan bahawa sesuatu pemasangan, peranti atau kelengkapan itu menepati standard yang diiktiraf;

"standard yang diiktiraf " ertinya standard yang diiktiraf oleh Suruhanjaya.

Kelayakan bagi pendaftaran