Skip to content

Seksyen 4

Pendaftaran

of Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Pendaftaran Pembekal) 2023

P.U. (A)In forceProvision 4 of 14
Seksyen 4

(1)

Tiada seorang pun boleh membekalkan sesuatu pemasangan, peranti atau kelengkapan yang berhubungan dengan sistem bekalan air, sistem pembetungan, tangki septik, perpaipan pembetungan dalaman individu atau perpaipan pembetungan dalaman bersama di bawah Akta melainkan jika orang itu telah didaftarkan sebagai pembekal oleh Suruhanjaya.

(2)

Seseorang yang tidak mematuhi subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Permohonan pendaftaran dan kelulusan, dsb.