Malaysia legislation
Section 5
of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PENDAFTARAN PEMBEKAL) 2023
Seksyen 5
(1)
Mana-mana orang yang layak di bawah kaedah 3 boleh memohon kepada
Suruhanjaya untuk didaftarkan sebagai pembekal.
P.U. (A) 390 4
(2)
Permohonan di bawah subkaedah (1) hendaklah disertakan dengan maklumat dan dokumen sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
(3)
Seseorang pemohon hendaklah membuat permohonan yang berasingan bagi setiap pembekalan pemasangan, peranti atau kelengkapan yang hendak didaftarkan.
(4)
Apabila menerima permohonan di bawah subkaedah (1), Suruhanjaya boleh, setelah mempertimbangkan permohonan itu—
(a)
meluluskan permohonan itu tertakluk kepada apa-apa syarat; atau
(b)
menolak permohonan itu dengan menyatakan alasan penolakan secara bertulis.
(5)
Walau apa pun alasan penolakan yang dinyatakan oleh Suruhanjaya di bawah subkaedah (4), pemohon boleh mengemukakan permohonan yang baharu pada bila-bila masa selepas itu.
Sijil pendaftaran