Malaysia legislation

Section 32

of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERANCANGAN, REKA BENTUK DAN PEMBINAAN SISTEM PEMBETUNGAN DAN TANGKI SEPTIK) 2013

Seksyen 32

Suruhanjaya hendaklah menyelia dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk—

(1)

Orang yang kompeten yang menyediakan perancangan pembetungan atau reka bentuk untuk kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik hendaklah memastikan—

27

(a)

bahawa perancangan pembetungan dan reka bentuk mematuhi peruntukan-peruntukan Akta serta Kaedah-Kaedah ini;

(b)

supaya pelan, pengiraan, laporan, data, rekod atau dokumen lain berkaitan yang digunakan bagi tujuan mendapatkan kelulusan perancangan pembetungan atau reka bentuk daripada

Suruhanjaya tidak palsu dari segi butir penting; dan

(c)

apa-apa pengesahan di dalam Borang oleh orang yang kompeten adalah benar dan tepat.

(2)

Mana-mana orang yang kompeten yang menjalankan penyeliaan pembinaan dan pemasangan kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik hendaklah memastikan kerja-kerja tersebut mematuhi—

(a)

peruntukan-peruntukan Akta dan Kaedah-Kaedah ini;

(b)

perancangan pembetungan dan reka bentuk yang diluluskan oleh

Suruhanjaya termasuk apa-apa syarat yang dikenakan oleh

Suruhanjaya; dan

(c)

Garis Panduan dan Standard.

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subkaedah (1) atau (2)

melakukan satu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(4)

Tiada orang yang kompeten apabila disabitkan ke atas mana-mana kesalahan di bawah Kaedah ini boleh menyediakan, mengemukakan apa-apa perancangan pembetungan, reka bentuk atau menyelia apa-apa pembinaan kerja-kerja pembetungan atau kerja–kerja tangki septik.

28

(5)

Mana-mana orang yang gagal mematuhi subkaedah (4) melakukan satu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pertukaran orang yang kompeten

Section 32 — KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERANCANGAN, REKA BENTUK DAN PEMBINAAN SISTEM PEMBETUNGAN DAN TANGKI SEPTIK) 2013