Malaysia legislation

Section 33

of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERANCANGAN, REKA BENTUK DAN PEMBINAAN SISTEM PEMBETUNGAN DAN TANGKI SEPTIK) 2013

Seksyen 33

(1)

Jika orang yang kompeten berhenti menjalankan tugasnya berkenaan kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik dalam pembangunan, pemaju hendaklah memberitahu Suruhanjaya dalam masa empat belas hari dari tarikh pemberhentian menjalankan tugas tersebut.

(2)

Pemaju dikehendaki dengan secepat yang dapat dilaksanakan melantik orang yang kompeten yang lain dan memberitahu Suruhanjaya secara bertulis mengenai pelantikan tersebut.

(3)

Kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik tidak boleh diteruskan sehingga orang yang kompeten baru dilantik oleh pemaju dan sehingga pelantikan tersebut, pemaju adalah bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah-langkah keselamatan bagi kerja-kerja tersebut.

(4)

Orang yang kompeten yang baru dilantik di bawah subkaedah (2)

dikehendaki bertanggungjawab sepenuhnya untuk reka bentuk, penyeliaan pembinaan, pemasangan, pemeriksaan dan pencapaian kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik dan hendaklah bertanggungan sepenuhnya untuk tindakan atau ketinggalan kesemua orang yang kompeten yang bertanggungjawab untuk reka bentuk, menyelia pembinaan, pemasangan, pemeriksaan dan pelaksanaan kerja-kerja tersebut sebelum pelantikannya.

Tanggungan orang yang kompeten

Section 33 — KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERANCANGAN, REKA BENTUK DAN PEMBINAAN SISTEM PEMBETUNGAN DAN TANGKI SEPTIK) 2013