Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
(1)
Mana-mana orang apabila mengemukakan Borang untuk permohonan kelulusan reka bentuk untuk kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik hendaklah membayar fi yang berikut:
(a)
fi untuk tangki septik seperti yang ditetapkan dalam ruang (3)
(b)
fi untuk sambungan tunggal seperti yang ditetapkan dalam ruang (3) Bahagian II Jadual 2 mengikut saiz pembangunan yang ditetapkan dalam ruang (1) Bahagian II Jadual 2;
(c)
fi untuk rangkaian pembetung seperti yang ditetapkan dalam ruang (3) Bahagian III Jadual 2 mengikut saiz pembangunan yang ditetapkan dalam ruang (1) Bahagian III Jadual 2;
(d)
fi untuk stesen pam seperti yang ditetapkan dalam ruang (3)
Text
31
(e)
fi untuk loji rawatan kumbahan seperti yang ditetapkan dalam ruang (3) Bahagian V Jadual 2 mengikut saiz pembangunan yang ditetapkan dalam ruang (1) Bahagian V Jadual 2.
(2)
Fi yang dibayar untuk pengemukaan reka bentuk bagi kelulusan
Suruhanjaya adalah termasuk pengemukaan permulaan dan pengemukaan semula pertama reka bentuk bagi kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik.
(3)
Amaun fi yang sama seperti pengemukaan permulaan akan dikenakan untuk setiap pengemukaan semula kedua reka bentuk kepada Suruhanjaya bagi kelulusan Suruhanjaya.
(4)
Apa-apa pengemukaan kepada Suruhanjaya untuk kelulusan pindaan kepada reka bentuk setelah reka bentuk diluluskan oleh Suruhanjaya hendaklah dianggap sebagai pengemukaan baru dan amaun fi yang sama seperti pengemukaan permulaan akan dikenakan.
Pembayaran fi untuk permulaan kerja-kerja pembetungan