Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Tanggungjawab pemaju
(1)
Pemaju hendaklah memastikan supaya—
(a)
perancangan pembetungan dan reka bentuk kerja-kerja pembetungan dan kerja-kerja tangki septik disediakan mengikut
Kaedah-Kaedah ini;
(b)
perancangan pembetungan dan reka bentuk bagi kerja-kerja pembetungan dan kerja-kerja tangki septik dikemukakan oleh orang yang kompeten kepada Suruhanjaya untuk kelulusan;
(c)
pembinaan kerja-kerja pembetungan dijalankan oleh pemegang permit;
(d)
penyeliaan kerja-kerja pembetungan dan kerja-kerja tangki septik dijalankan oleh orang yang kompeten; dan
(e)
pembangunan adalah mengikut pelan pembangunan pembetungan jika terdapat pelan pembangunan pembetungan bagi kawasan pembangunan pemaju.
(2)
Seseorang pemaju yang tidak mematuhi perenggan (1)(a), (b), (c), (d)
atau (e) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak
10
melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(3)
Pemaju hendaklah bertanggungjawab bagi bayaran fi seperti yang ditetapkan di bawah Bahagian IX.
Tatacara perancangan pembangunan