Malaysia legislation

Section 5

of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERANCANGAN, REKA BENTUK DAN PEMBINAAN SISTEM PEMBETUNGAN DAN TANGKI SEPTIK) 2013

Seksyen 5

Suruhanjaya boleh mengeluarkan tatacara perancangan bagi apa-apa pembangunan seperti yang berikut:

(a)

kehendak am bagi perancangan sistem pembetungan dan tangki septik;

(b)

kehendak dan kriteria bagi reka bentuk kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik supaya mematuhi—

(i)

standard pelepasan alam sekitar; dan

(ii)

kehendak kawasan tadahan pembetungan;

(c)

integrasi perancangan pembetungan dengan sistem pembetungan sedia ada, yang dirancang atau sedang dibina di kawasan di mana terletaknya pembangunan itu.

Section 5 — KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERANCANGAN, REKA BENTUK DAN PEMBINAAN SISTEM PEMBETUNGAN DAN TANGKI SEPTIK) 2013