Skip to content

Seksyen 6

of Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan, Reka Bentuk dan Pembinaan Sistem Pembetungan dan Tangki Septik) 2013

P.U. (A)In forceProvision 6 of 39

Seksyen 6

(1)

Perancangan pembetungan untuk kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik hendaklah disediakan dengan mematuhi—

(a)

tatacara perancangan;

11

(b)

Garis Panduan; dan

(c)

pelan tadahan pembetungan.

(2)

Jika terdapat pelan pembangunan pembetungan bagi kawasan pembangunan, perancangan pembetungan bagi kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik hendaklah disediakan dengan selanjutnya mematuhi pelan pembangunan pembetungan tersebut.

(3)

Perancangan pembetungan bagi kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik hendaklah disediakan dengan mengambil kira yang berikut:

(a)

susun atur dan lokasi sistem pembetungan atau tangki septik;

(b)

susun atur keseluruhan projek pembangunan;

(c)

jenis proses rawatan kumbahan;

(d)

tempat penyambungan kepada sistem pembetungan sedia ada;

(e)

kedudukan dan laluan ke peralatan sampingan pembetungan;

(f)

integrasi kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik yang dicadangkan dengan sistem pembetungan sedia ada atau pada masa hadapan di kawasan kerja-kerja pembetungan dan kerja-kerja tangki septik yang dicadangkan;

(g)

tempat pelepasan efluen terawat;

(h)

Standard; dan

(i)

apa-apa maklumat atau dokumen yang diperlukan oleh

Suruhanjaya.

12