Malaysia legislation

Section 8

of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERANCANGAN, REKA BENTUK DAN PEMBINAAN SISTEM PEMBETUNGAN DAN TANGKI SEPTIK) 2013

Seksyen 8

(1)

Suruhanjaya boleh mengeluarkan notis bertulis kepada orang yang kompeten untuk meminda perancangan pembetungan dan mengemukakan semula perancangan pembetungan yang dipinda kepada Suruhanjaya untuk kelulusan.

(2)

Orang yang kompeten hendaklah mengemukakan semula perancangan pembetungan yang dipinda kepada Suruhanjaya untuk kelulusan dalam tempoh enam bulan dari pengeluaran notis bertulis di bawah subkaedah (1).

(3)

Apa-apa perancangan pembangunan yang dikemukakan semula selepas enam bulan dari pengeluaran notis bertulis di bawah subkaedah (1) hendaklah disifatkan sebagai pengemukaan baru untuk kelulusan perancangan pembetungan.

Kelulusan perancangan pembetungan

Section 8 — KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERANCANGAN, REKA BENTUK DAN PEMBINAAN SISTEM PEMBETUNGAN DAN TANGKI SEPTIK) 2013