Skip to content

Seksyen 3

Kecualian

of Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air Antara Pengguna Dengan Pemegang Lesen Pengagihan Air) 2014

P.U. (A)In forceProvision 3 of 3
Seksyen 3

(1)

Mana-mana perjanjian yang dibuat antara pengguna dengan pemegang lesen pengagihan air bagi pembekalan air sebelum permulaan kuat kuasa

Kaedah-Kaedah ini, kemudian ini disebut sebagai “perjanjian sedia ada”, hendaklah terus berkuat kuasa.

(2)

Walau apa pun subkaedah (1), jika mana-mana peruntukan perjanjian sedia ada tidak selaras dengan peruntukan Akta dan Kaedah-Kaedah ini, peruntukan

Akta dan Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai.

3

(3)

Mana-mana peruntukan dalam

Kaedah-Kaedah ini yang tidak diperuntukkan dalam perjanjian sedia ada hendaklah disifatkan terpakai kepada pengguna dan pemegang lesen pengagihan air.