Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Mana-mana perjanjian yang dibuat antara pengguna dengan pemegang lesen pengagihan air bagi pembekalan air sebelum permulaan kuat kuasa
Kaedah-Kaedah ini, kemudian ini disebut sebagai “perjanjian sedia ada”, hendaklah terus berkuat kuasa.
(2)
Walau apa pun subkaedah (1), jika mana-mana peruntukan perjanjian sedia ada tidak selaras dengan peruntukan Akta dan Kaedah-Kaedah ini, peruntukan
Akta dan Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai.
3
(3)
Mana-mana peruntukan dalam
Kaedah-Kaedah ini yang tidak diperuntukkan dalam perjanjian sedia ada hendaklah disifatkan terpakai kepada pengguna dan pemegang lesen pengagihan air.