Malaysia legislation

Section 7

of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (RETIKULASI AIR DAN PEMASANGAN PAIP) (PINDAAN) 2021

Seksyen 7

Pindaan kaedah 79

dengan subkaedah yang berikut:

“(1) Jika—

(a)

meter gagal untuk mencatat dengan betul isi padu air yang dibekalkan melaluinya ke mana-mana premis atas sebab perlakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta atau perlanggaran mana-mana peruntukan Kaedah-Kaedah ini oleh pengguna; atau 5

(b)

meter didapati terlebih catat di bawah subkaedah 78(6), caj yang akan dikenakan, berkenaan dengan mana-mana tempoh atau bahagian daripada suatu tempoh yang pada pendapat pemegang lesen pengagihan air kegagalan itu atau terlebih catat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah perenggan (a) atau (b) telah berlaku atau berterusan, hendaklah—

(i)

atas asas purata penggunaan air bagi premis itu atau premis yang serupa bagi tiga bulan terakhir bil yang pada pendapat pemegang lesen pengagihan air tidak terdapat kegagalan sedemikian;

(ii)

atas asas suatu tambahan kepada atau suatu tolakan daripada amaun yang boleh dicaj bagi suatu tempoh pengebilan tertentu yang bersamaan dengan peratus yang meter itu telah ditentukan telah mencatat terlalu sedikit atau terlalu banyak, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(iii)

atas asas anggaran penggunaan air yang dikira untuk tiga bulan daripada bacaan pemeriksaan yang diambil daripada meter baharu yang dipasang di premis itu mengikut subkaedah 78(5).”.

Pindaan kaedah 81

Section 7 — KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (RETIKULASI AIR DAN PEMASANGAN PAIP) (PINDAAN) 2021