Seksyen 9
Kaedah 83 Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan takrif “Pengurusan”
of Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air dan Pemasangan Paip) (Pindaan) 2021
dengan takrif yang berikut:
‘ “Pengurusan” ertinya—
6
(a)
mana-mana pemaju sebelum pembentukan badan pengurusan bersama atau perbadanan pengurusan yang ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan;
(b)
badan pengurusan bersama atau ejen pengurusannya yang ditubuhkan atau dilantik di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan;
(c)
perbadanan pengurusan atau ejen pengurusannya atau pentadbir yang ditubuhkan atau dilantik di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan;
atau
(d)
mana-mana orang yang diberi kuasa yang dilantik di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain bagi pengurusan bangunan kediaman bertingkat tinggi atau komuniti berpagar;’.
Pindaan kaedah 98