Malaysia legislation

Section 12

of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI (PERKIRAAN SUKARELA) 2017

Seksyen 12

Memanggil mesyuarat pemiutang

(1)

Penama, selepas menyediakan cadangan penghutang di bawah kaedah 11, hendaklah memanggil mesyuarat pemiutang dalam tempoh empat belas hari.

(2)

Notis mesyuarat pemiutang di bawah subkaedah (1) hendaklah dibuat dalam Borang 10 dan dihantar kepada semua pemiutang yang dinyatakan dalam pernyataan hal ehwal penghutang.

P.U. (A) 304 6

(3)

Tiap-tiap notis memanggil mesyuarat di bawah subkaedah (1) hendaklah disertai dengan—

(a)

proksi sebagaimana dalam Borang 11;

(b)

suatu salinan cadangan penghutang; dan

(c)

suatu salinan pernyataan hal ehwal atau jika penama fikirkan sesuai, satu ringkasan pernyataan hal ehwal yang hendaklah termasuklah satu senarai pemiutang dan amaun hutang.

Proksi

Section 12 — KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI (PERKIRAAN SUKARELA) 2017